Monday 19 March 2012

~wedges ala2 kfc~

assalamualikum...kali ni nak n3 pasal wedges pulak..buat tuk minum petang niu..makan time panas2 sedap ..jom nengok bahan2 nye~>

5bj kentang..
serbuk lada hitam..
tepong gandum + tepung jagung..
minyak untuk memasak..
serbuk cili..

cara membuat ~>cuci kentang..potong memanjang..rebus jangan sampai lembik.
toskan.kemudian gaul dengan serbuk lada,serbuk cili dan tepung..goreng hingga kekuningan..

Bahan untuk sos cheezy amik dr blog http://rosrikitchen.blogspot.com/
~3keping cheese..
~1sd besar mentega.
~1sdt tpng gndum.
~200ml susu cair@segar
~1/2 sdt serbuk cili (x letak)
~1/2 sdt lada sulah.
~garam..
~pewarna kuning( untuk mencantikkan warna sos)

cara2 membuat sos~>..mentega dicairkan kemudian masukkan tepung..guna api kecil..masukkan susu cair,serbuk cili,lada sulah dan garam..masak dan gaul hingga pekat.bila sudah pekat masukkan pewarna..

~selamat mencuba~

kek puding karamel 2..

Assalamualaikum..kali ni buat kek puding karamel lagi...buat ikut resepi yang lepas just tukar flavour tuk adunan kek je.resepi kek leh tengok kat sini ~>~karamel puding kek~..jom layan kek ni....


untuk adunan kek tu saye guna coklat,strawberry,jagung ngan pandan flavour....
selamat mencube.:)

Thursday 8 March 2012

~kek puding karamel~

assalamualaikum.kek puding karamel <3 ...sedap dimakan time cuaca panas...ni first time sye buat kek puding ni..lame dah nak buat,kerajinan baru nak datang singgah..alhamdulillah menjadi gak akhirnya..resepi ni ambik kat http://www.mytouch-miza.blogspot.com/...juz ubahkan sikit2 je ikot citarasa sendiri.


Bahan untuk gula hangus~>
2sdb gula.
~letak gula dalam loyang.panaskan dengan api yang perlahan hingga kekuningan.jangan sampai hangus kerana ini akan menjadikan puding hangit.
padam api dan ratakan gula hangus .

Bahan2 untuk puding~>
~1tin susu cair
~2bj telur
~3bj kuning telur
~gula castor 70g
~1sdb esen vanilla

~Cara membuat puding~>
satukan semua bahan.gaul rata jgn terlalu kuat.
jika ada buih,buang kan guna sudu.(buih tu menjadikan tekstur puding x halus)
kemudian tapiskan kedalam loyang gula hangus tadi.
Biarkan loyang ditepi.

~Bahan untuk kek~>

~MERINGUE~
~6bj putih telur
~1sdt cream of tar tar
~50g gula castor

~.pukul semua bahan menggunakan mixer pada kelajuan maksimum.
pastikan kuning telur tidak jatuh pada putih telur .
Pukul hingga adunan telur bertanduk.ketepikan adunan.

~3bj kuning telur
~135ml air
~45ml minyak masak
~50g gula castor
~140g tpng gandum ayak dengan 1sdt baking soda.


~di bekas lain,gunakan mixer tadi (xperlu cuci).pukul telur,air dan minyak hingga kembang.
~kemudian masukkan gula.pukul lagi.
~masukkan tepung sedikit demi sedikit.
~mix sebati n kembang.

~Langkah seterusnya~>
Ambil setengah adunan meringue.
Masukkan kedalam adunan tepung.
guna kaedah kaup balik.bila sudah sebati masukkan lebihan meringue tadi.
Kaup balik dengan perhalan.Untuk mengekalkan oksigen dalam adunan.
Bila dah sebati bahagikan adunan.
Letak pewarna.

tuang adunan kedalam loyang tadi sesenduk demi sesenduk hingga habis.
Bakar guna kaedah bain marie..bakar selama 45min pada suhu 170c.
Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.

~selamat mencuba~

~homemade pizza

assalamualaikum..kali ni entri pasal pizza lak.pizza homemade ni berbaloi untuk dibuat.lembut  n gebu je..resepi ni amik kat  blog cmg..izin gune resepi ye..

Bahan2 untuk doh~>
~600g tepuung gandum
~2bj telur
~340ml air
~2sdt garam
~2sdt bread improver
~20g gula
~sepaket yis @11g.
~3sdb madu
~tepung untuk tabur

Cara untuk membuat doh~>
satukan semua bahan kecuali mentega.
uli hingga menjadi doh,masukkan mentega.
Uli rata dan biarkan doh naik 1x ganda@40min
Tutup bekas dengan kain bersih.

Bahan2 untuk inti~>
4batang sosej dihiris
sebiji bawang dihiris
ayam
sayur campur
sos
mayonis
cheese

tabur loyang dengan tepung.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian .canai doh kedalam loyang.
sapu permukaan dengan sos.Tabur inti dan diakhiri dengan sos ,mayonis,dan cheese.

Bakar doh selama 25 min @sehingga kekuningan pada  130c.

~selamat mencuba~