Thursday 8 March 2012

~kek puding karamel~

assalamualaikum.kek puding karamel <3 ...sedap dimakan time cuaca panas...ni first time sye buat kek puding ni..lame dah nak buat,kerajinan baru nak datang singgah..alhamdulillah menjadi gak akhirnya..resepi ni ambik kat http://www.mytouch-miza.blogspot.com/...juz ubahkan sikit2 je ikot citarasa sendiri.


Bahan untuk gula hangus~>
2sdb gula.
~letak gula dalam loyang.panaskan dengan api yang perlahan hingga kekuningan.jangan sampai hangus kerana ini akan menjadikan puding hangit.
padam api dan ratakan gula hangus .

Bahan2 untuk puding~>
~1tin susu cair
~2bj telur
~3bj kuning telur
~gula castor 70g
~1sdb esen vanilla

~Cara membuat puding~>
satukan semua bahan.gaul rata jgn terlalu kuat.
jika ada buih,buang kan guna sudu.(buih tu menjadikan tekstur puding x halus)
kemudian tapiskan kedalam loyang gula hangus tadi.
Biarkan loyang ditepi.

~Bahan untuk kek~>

~MERINGUE~
~6bj putih telur
~1sdt cream of tar tar
~50g gula castor

~.pukul semua bahan menggunakan mixer pada kelajuan maksimum.
pastikan kuning telur tidak jatuh pada putih telur .
Pukul hingga adunan telur bertanduk.ketepikan adunan.

~3bj kuning telur
~135ml air
~45ml minyak masak
~50g gula castor
~140g tpng gandum ayak dengan 1sdt baking soda.


~di bekas lain,gunakan mixer tadi (xperlu cuci).pukul telur,air dan minyak hingga kembang.
~kemudian masukkan gula.pukul lagi.
~masukkan tepung sedikit demi sedikit.
~mix sebati n kembang.

~Langkah seterusnya~>
Ambil setengah adunan meringue.
Masukkan kedalam adunan tepung.
guna kaedah kaup balik.bila sudah sebati masukkan lebihan meringue tadi.
Kaup balik dengan perhalan.Untuk mengekalkan oksigen dalam adunan.
Bila dah sebati bahagikan adunan.
Letak pewarna.

tuang adunan kedalam loyang tadi sesenduk demi sesenduk hingga habis.
Bakar guna kaedah bain marie..bakar selama 45min pada suhu 170c.
Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.

~selamat mencuba~

No comments:

Post a Comment